Wednesday, September 30, 2009

Cerita Raya 2009 - Raya dengan kengkawan

Lambat pulak rasanya bila nak update part 2 nih. Bukannya apa, menunggu gambar drpd bestfriend AT, Man... he he.

Raya ke-3, AT beraya dgn member2 sekolah. 4 sekawan, Amel-Ein-Lyana-Hanah serbu rumah aku lebih kurang pukul 3ptg. Diorang ni mmg rajin kalau brjalan raya. Lepas rumah AT, diorang beraya ke rumah Fahmi plak (pengantin baru). Kalau ikutkn nak gi beraya rumah Ijad, tapi dia xder kat Langat. AT xdpt nak join masa gi rumah Fahmi sbb mak tak  berapa sihat. Ntah mcm mn Ijad tepon, nak jugak join beraya. Ayah AT bg green light, AT tepon Ijad & terus bersiap. Masa ni, 4 sekawan mmg dh habis beraya kat rumah Fahmi & nak serbu rumah Syu pulak. Korang bayangkan dlm masa 1/2 jam, Ijad sampai kat rumah AT. Ntah mcm mn dia speed dr Gombak pun xtau. Sampai kat rumah Syu pun, lebih kurang sama ngan 4 sekawan nih. Man pun ada sekali. AT share skit gmbr2 yg Man candid. Gmbr 1st tu kat rumah Fahmi (wearing white shirt). Yg lain2 kat rumah Syu. AT edit skit.

credit to Man

Lepas beraya kat rumah Syu, kami gerak ke rumah Mira plak di Tmn Udaco (seberang jalan besar tmn rumah AT jer). As usual, Man & cameranya melakukan tugasan x rasmi dan inilah antaranya:-


credit to Man

Habis beraya kat rumah Mira, gerak ke rumah Man pulak di Cheras. Time ni Ijad xboleh nak join sebab kena gi kerja shift malam. AT naik kereta Man sbb Pn Ann xde. Syu pulak duduk belakang jadi Datin kejap. Ann -isteri Man (kawan AT gak) sudah bersalin. Elok jugak beraya ke rumah dia sebab boleh tengok Ann & anak dia sekali. Kat rumah dia AT xbergambar sangat sebab sibuk tengok album kahwin & kad kahwin yg dia buat. Tapi dia candid jugak la gambar AT.. Nak share ke? Xpayah la ek. Knp x? Sukati AT la.. ha ha ha.. Habis beraya, Man kena hantar AT & Syu balik. Nasib baik la dia sporting. Klau x, mau AT kena balik naik bas. Alhamdulillah, walaupun geng raya xramai seperti tahun2 sebelumnya, AT bersyukur sebab ada kawan2 seperti mereka.

Ada lagi cerita raya sebenarnya. Tapi kat Melaka - rumah Pak Ngah AT. Sebenarnya balik sebab pakcik AT kahwin (as my previous entry). Nanti update lagi.

A.d.i.o.s


Thursday, September 24, 2009

Cerita Raya 2009 - Raya pertama

Aku telah kembali bertugas pd 23.09.09. Time ni ramai lagi warga kota yg bercuti. Ambil kesempatan utk bercuti panjang sebab cuti sekolah. Aku? Nak buek cam mano, bujang laei. Minggu ni baru balik Melaka sebab pakcik aku kawin. Itupun kalau balik sebab mak aku xboleh sangat jalan jauh (nasihat doktor). FYI pakcik aku tu lebih kurang sebaya ngan aku, tapi kerana salasilah keluarga, kenala panggil mcm tu.

Hari Jumaat malam, 18.09.2009, aku ngan adik2 pegi Downtown Bdr Tun Razak, Cheras. Punyalah ramai orang. Adik aku, Suzi, sambar sepasang kasut utk anak dia. Adik2 yg lain beli sandal. Aku? Xde beli apa pun.

Sabtu malam, aku ngan adik2 masak rendang utk juadah pagi Hari Raya esoknya. Selalunya mak yg akan masak sebab kitaorang adik beradik lebih suka rendang yg mak masak (off couse la kan). Adik aku, Suzi, balik ke rumah ibu mertuanya di Gombak. Mak xde mood nak masak tahun ni sebab dia terngiang-ngiang Arwah Mak Kiah (mak angkat aku dlm entry Merdeka & ceritaku) panggil utk masak sekali. Mmg betul pun, tiap2 tahun, mereka berdua akan masak bersama. Kitaorang adik beradik nih, termasuk anak2 arwah, akan sibuk rebus ketupat, nasi impit, potong bawang, sayur, kemas laman etc. Masih lagi masak bersama, cuma janggal sikit la.

Hari Raya Pertama : selepas solat aidilfitri, kami sekeluarga berkumpul. Makan dulu sebab ayah lapar. Patutnya bersalaman dulu baru makan tapi tahun ni terbalik plak. Selepas bersalaman memohon maaf, kitaorang gerak ke rumah arwah Mak Kiah (sebelah rumah jer). Kat sini yg aku tak tahan, anak2 arwah peluk mak aku sambil menangis. Bertakung jugak la air mata. Mau tidak, bertahun sejak aku & keluarga berpindah ke situ, keluarga mereka yg rapat ngan keluarga aku. Apa2 hal yg berlaku, pasti akan dikongsi bersama walaupun perit. Ada jugak yg xpuas hati tengok mak aku & arwah rapat. Tapi, Allah itu Maha Mengerti & Maha Mengetahui. Dengki mcm mn pun org, mak aku & arwah terus baik. Pesan mereka ' biarlah orang buat kita, jgn kita buat orang. Allah kan ada'. Hati bertambah sayu apabila melihat tose yg dihidangkn oleh Along (anak arwah). Ayah aku cukup suka dgn tose yg arwah buat. Lama jugak la aku tenung tose tu, tapi sudahnya aku x makan.

Sorry la sebab no picture for Hari Raya Pertama. I don't know why. Aku sendiri rasa ralat nak ambil gambar sebab terasa mood raya tu tidak 'seindah' dulu. End part 1, nanti aku sambung plak. Citer pasal kawan2 aku beraya.


A.d.i.o.s

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri Syawal 1430 Hijrah

Pejam celik, pejam celik, dah dekat sebulan kita berpuasa. rasa sedih arr bila Ramadhan hampir pasti meninggalkan kita. Mcm2 cerita AT utk Ramadhan kali ini. Tahun ni AT sekeluarga sambut secara sederhana. Lgpun kesihatan mak AT baru nk beransur baik. Time ni dh mcm2 email kad raya AT dapat. Kreatif diorang nih. Lagu raya pun dah berkumandang di corong2 radio. AT sendiri ada lagu favourite raya. Korang nyanyi sendiri la yer..
Satu Hari Di Hari Raya - M Nasir
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah, Langit cemerlang tak terkira,
Tanda kuasa yang Maha Esa, Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah, Ku cuba mendekati padanya
Kira irama itu adalah, Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira, Aku menangis tanda ku cinta kepada-Nya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku, Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah, Langit cemerlang tak terkira,
Tanda kuasa yang Maha Esa, Memberi nikmat pada manusia


Itu salah 1 tau. Antara lain adalah:-
  • Dendang Perantau - Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
  • Selamat hari Raya - Allahyarham Pn Sri Saloma
  • Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz
  • Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina
  • Kepulangan Yg Dinanti - Aman Shah
  • Dari Jauh Kupohon Maaf - Allahyarham Sudirman
  • Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir


Semua lagu lama kan. Kalau dgr tu kekadang hati bleh jadi sayu, gembira, mulalah nak terkenang itu ini (apa agaknya).. he he

Di ruangan ini juga, AT memohon maaf di atas segala keterlanjuran sikap & kata. Sebagai hamba-Nya, aku juga tdk terlepas dr melakukan kesilapan. Antara sedar & tidak, mungkin ada bicara yang mengguris hati ESPECIALLY TO MY LUVLY SIS IN THIS BLOG AREA - SIS IZA & SIS TIMI. Xlupa jugak kepada pembaca2 sekalian (ada ke yg baca blog AT nih.. he he).


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin




A.d.i.o.s

Friday, September 11, 2009

Ramadhan - 4

10.09.2009 - Lebih krg pukul 12 tgh hr, Linda, call bgtau yg mak muntah2 & lemah badan. Kebetulan aku dlm perjalanan balik dari ofis Bukit Mahkamah ke Setapak. Elok jer turun dari van, aku ckp dgn boss, aku nak balik. Nak bawak mak ke HUKM. Aku ckp ngan Iza aku balik sebab mak. Elok2 jer aku sampai rumah, ayah aku pun dh ada. Cik Ani 25 & anak dia, Aida pun ada. Diorang papah mak masuk ke dlm kereta, kitaorang bawak mak ke ER HUKM..

Lebih kurang pukul 1.30 ptg, aku sampai di ER HUKM. Sampai jer aku terus amik wheel chair & dibantu oleh paramedik ER di situ. Paramedik tu terus bawak mak aku ke dalam ER, dipasangkn bantuan oksigen by tube, dipasangkn air then aku disuruh tunggu di luar. Masa tunggu kat luar tu, Iza tepon tanya aku kat ner. Rasa sebak nk jawab. Cakap pun x lama. Lebih kurang pukul 2.30, doktor panggil masuk ke dlm. Doktor suruh aku gi beli sedikit makanan utk mak aku sebab dia nak tgk mak aku masih muntah atau tidak.

Lps je mak aku makan, dokt suruh aku tggu kat luar. Aku x tau apa lagi yg dokt tu nak buat. Dlm waktu menunggu, Sis Timi sms aku tanya keadaan mak aku. Aku tanya mcm mn dia tau, dia kata Iza entri dlm blog. (aku baca hr ni mmg ada, tq sis!). Dia suruh aku bersabar & doa supaya mak xde apa2.

Lama jugak tggu rawatan selesai dlm bilik ER. Syok layan transformer-2, aku tgk jam dah pukul 7.10 pm. Ya Allah, nak berbuka dah. Aku ajak ayah makan kat cafe, tapi dia x nak. Kebetulan staff kat ER tu tgh agihkn kurma, kitaorng amik & berbuka dgn itu jer. Syukur.

`Kepada waris Sarniyah Hamid, anda dikehendaki masuk ke bilik rawatan ER melalui pintu A2. Harap maklum’. Aku & ayah masuk & dokt bgtau yg pihak ER benarkan mak balik. Dokt kata, keputusan xray tdk menunjukkan kesan2 yg meragukan, buah pinggang dah normal, air kencing xde apa, demam pun tidak. Dokt advice supaya jaga pemakanan mak aku.

Lepas semua selesai, termasuk ambil ubat, lebih kurang pukul 8.30, baru kitaorang keluar dari kawasan HUKM. Sampai jer kat rumah, adik aku, Suzi, terus terpa mak aku & pimpin bawak ke dalam rumah. Dia amik bubur nasi utk mak aku. Lepas tu Cik Timah & anak dia datang. Aku ngan ayah tgh bersantap . Aku sms Cik Ju, Sis Iza & Sis Timi, mak kat rumah.

Sebelum tido, aku cium dahi mak. Malam tu aku xbleh tido. Sis Iza sms aku mak mcm mn. Aku ckp la ok skit lepas masuk air 1 botol. Ntah mcm mn aku sms si *N* & aku x sangka yg dia reply sms tuh. Kebetulan, aku dan dia menghadapi situasi yg sama. Mak dia baru keluar wad SJMC hari ni. Erm, aku xnak kacau dia sangat sebab dia tgh sibuk ngan assignment. Dia kata dia xkesah semua tu, asalkan aku ok. *Be strong*.. dia pesan kat aku.

Pukul 12 kot baru aku dapat tido... Pagi ni sebelum gi kerja, as usual, aku cium dahi mak. Aku pesan, makan walaupun sedikit. Dalam keadaan mcm tu, aku x bagi dia puasa. Takut jadi balik.

Memang betullah, kuat dugaan Ramadhan kali ni. Kalau x kuat la mental nih, memang aku dh gila rasanya. Astaghfirullahala’zim.




A.d.i.o.s

Tuesday, September 08, 2009

Ramadhan - 3


03.09.2009 – lebih kurang pukul 8.30am adik kembar aku, Finaz, telefon bgtau mak sakit perut. Sebelum ni mmg mak aku mengadu sakit perut kat aku tapi bila dia mkn ubat gastrik, ok dah. Ntah kenapa hari tu dia rasa sakit sangat. Lepas tu muntah2. Aku bawak mak aku ke Hospital Ampang. Cik Anis temankan. Doktor check, dia ckp gastrik. Aku terus mintak urgent leave kat ofis sebab dokt suruh perhatikn mak dlm tempoh 4 jam.

04.09.2009 – 12.15am, adik aku, Linda, kejutkn aku sebab mak muntah2 lagi. Badan dia pun dh lemah sangat. Aku kejutkn ayah, then terus bawak ke HUKM, Cheras. The reason why aku x nak bawak ke Hopsital Ampang semula sebab sakit mak x berkurang lepas dia mkn ubat yg diberi. Terus ke ER and u know what, it takes about 2 ½ hours baru dpt jumpa doktor. Dah masuk apa lagi, check itu, check ini, haa… terus masuk air 1 botol. Same reason oleh doctor – gastrik, cuma kali ni dh melibatkn buah pinggang. Masa tu aku dh xtau nak kata apa sebab x sangka boleh melarat ke situ. After that, at 7 am, mak aku ditempatkan di wad pemerhatian ER. Pukul 9am, aku & ayah balik rumah sebab nak siapkn keperluan mak di wad. Pukul 5 kitaorang gerak semula ke HUKM. Lebih kurang pukul 7.00 pm, baru mak aku dpt masuk wad - Tingkat 6, Wad 6G, Katil 14 - Korang bayangkn dari Wad Pemerhatian ER nak masuk ke Wad Perubatan berapa jam??? Lepas dh tau tempat kat mana, aku dgn ayah turun ke Café utk berbuka. Nasi Lemak Antarabangsa 2 + The O Ais + The O Suam. Lps berbuka, ayah aku naik sekejap, then baru dia balik. Malam tu aku jaga mak. Rasanya ni pengalaman ke-3 aku jaga family kat hospital. 1st time adik aku, Linda, kat Hospital Kajang sebab tgn retak + demam panas. 2nd pun dia jugak kat HUKM sebab ada masalah hati + sel darah, then 3rd ni mak aku. Cuma yang berbeza kali ni, it happens in Ramadhan.

05.09.2009 – hari ke-2. Adik aku, Linda, sms tgh hari ni, dia nak jaga mak mlm ni. Sakit perut mak tu dh kurang sikit cuma masih muntah2. Saper yg dtg melawat? Angah, Kak Jana, Cik Ani 25 & Aida (anak dia), Cik Amnah & anak dia, Paklang & Maklang aku, Mama Ani & Ayah Zali. Erm, mcm mn diorang tau, Linda yg bgtau. Lebih kurang pukul 2pm adik2 aku sampai. Aku balik ngan adik2 pukul 4 sebab nk masak utk ayah. Ayah aku bukannya boleh mkn lauk siap. Mcm mana singkat pun masa, dia nak kitaorang yg masak. Masak la jugak, telur itik masak lemak cili api (xpedas pun), buat sambal udang, goreng ikan kembung. Lepas brbuka aku bagitau adik angkat mak aku yg duduk kat Semenyih, Cik Ju. Kena marah la sebab lambat bgtau. Padan muka aku.

06.09.2009 – Hari ke-3. Lebih kurang 2.30pm, ayah, aku & adik2 pegi hospital. Sampai di HUKM, terserempak dgn Cik Ju, kena marah lagi. Hari ni, ada gak yg datang melawat. Cik Ju & keluarga, Paklong Abas & Maklong Besah, Cik Timah & P.cik Wahab, Pak Tam Kedai, Pak Dolah Ikan, Kak Lin, Pian, Ustaz Melan & isteri, Cik Anis & P.cik Din serta adik beradik dia. Erm, kecoh la kejap sebab ramai. At this time, mak aku dah ok sikit. Dia x rasa sakit perut. Makan pun dah boleh. Tak macam mula2 masuk, muntah2, sakit perut, mengerang kesakitan. Masa ni doktor dtg bgtau, semuanya dh ada perubahan. Cuma buah pinggang masih lagi bermasalah. Air buah pinggang masih kering/kurang. Doktor bgtau lagi, kalau x elok juga, mungkin kena buat cuci darah. Mak aku geleng kepala. Erm, mintak2 semuanya baik la. Masuk hari ni dah 10 botol air masuk dlm badan mak. Aku sms sis aku, Iza, bgtau yg aku urgent utk esoknya. Antara kawan2 lain, dia la yg paling banyak tanya hal mak. Tq Sis. Berbuka apa petang ni? Nasi putih + telur rebus sweet sour + sayur bayam goreng.

07.09.2009 – Hari ke-4. Pagi tadi aku sahur milo + roti. Cukupla kan. Erm, lebih kurang at 10 am, doktor farmasi dtg tanya pasal ubat yg mak selalu makan. Aku bgtau ubat kat rumah & aku x ingat jenis yg mcm mana. Lebih kurang pukul 11am, doktor pakar + doktor pelatih (xperasan la berapa org tp yg pasti dekat 10 org) datang check. Tgh hari, P.cik Usop, Tok Wahab & Nek Zah datang. Time nih mak aku dh ok la. Lebih kurang pukul 3, doktor pakar dtg check lagi sekali. Kali ni dia bgtau yg mak dh boleh keluar esoknya. Alhamdulillah. Hari ni adik aku, Linda jaga. Habis kerja terus datang hospital. Aku plak balik. Masak apa hari ni? Buat sawi rebus, sambal ikan, telur dadar. Linda dah beli kari daging tapi mcm yg aku notekan di awal2 citer, ayah aku bukannya nak makan sangat lauk beli siap.

08.09.2009 – Hari ke-5. Aku kejer hari ini. Linda sms pagi tadi, mak confirm boleh keluar hari ni tapi petang la sikit dlm pukul 5. Ayah aku tepon, kalau boleh balik awal sebab laluan hospital yg aku selalu ikut tu jem. Dh tanya boss, boss bagi. Tq Boss.

Apa yang berlaku sepanjang minggu Ramadhan kali ni sememangnya satu pengajaran, keinsafan & dugaan utk keluarga aku. Sebagai hamba-Nya, tiada apa yang mampu dilakukan melainkan sujud pada-Nya (mcm lagu pun ada kan?!?). Subhanallah...


A.d.i.o.s

Tuesday, September 01, 2009

My Favourite Song - Bukan Rayuan Gombal by Judika

Duhai kekasih pujaan yang slalu dihati
Aku menunggumu
Engkau gadis yang slalu hadir dalam mimpiku
Disetiap tidurku

Dengarkanlah..
Aku cinta..
Ingin aku..
Selalu menjaga dirimu
Menemani disetiap waktu

Dengarlah sayangku
Tiada yang lain saat ini
Engkaulah yang ada dihati
Engkaulah yang ada dihati

Duhai kekasihku
Hanyalah dirimu yang ku mau
Tiada yang lain dihati
Selamanya hanya dirimu

Dengarlah puisi yang akan aku berikan
Ungkapan hatiku
Tiada lain yang bisa ku berikan ooo..
Hanyalah cintaku.. Yee..

Dengarlah sayangku
Tiada yang lain saat ini
Engkaulah yang ada dihati
Engkaulah yang ada dihati

Duhai kekasihku
Hanyalah dirimu yang ku mau
Tiada yang lain dihati
Selamanya hanya dirimu..

Oo..
Aku ingin
Menemani harimu
Dan mencoba mengisi rasa kesepian dihatimu..
Ooo..
Sampai nanti
Hanya slalu namamu
Slalu namamu yang ada didalam lubuk hatiku..

Yee..
Dengarlah sayangku
Tiada yang lain saat ini
Engkaulah yang ada dihati
Engkaulah yang ada dihati

Duhai kekasihku
Hanyalah dirimu yang ku mau
Tiada yang lain dihati
Selamanya hanya.. Dirimu.. Oo.. Yee..yee..yee..yeah..

Dengarlah sayangku
Tiada yang lain saat ini
Engkaulah yang ada dihati
Engkaulah yang ada.. Dihati..

Duhai kekasihku
Hanyalah dirimu yang ku mau
Tiada yang lain dihati
Selamanya hanya dirimu.. Dirimu oo..

Dengarlah sayangku
Tiada yang lain saat ini
Engkaulah yang ada dihati
Engkaulah yang ada dihati..
Selamanya hanya dirimu..


Merdeka & ceritaku

Disini lahirnya sebuah cinta, Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita, Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima, Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan, Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa dibumi ini ku melangkah, Keutara selatan timur dan barat, Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira, Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang ,Walau dengan cara sendiri, Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji, Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan, Aku lah penyambung warisan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
PROUD TO BE MALAYSIAN!


ceritaku 28.08.09 - 31.08.09

28.08.09 - aku terpaksa balik awal kerana emak angkatku telah tenat di hospital. Operation yg dilakukan oleh pihak hospital tdk mampu untuk sembuhkan pendarahan yang berlaku. Aku hanya mampu duduk di hujung katil, membaca Yasin sambil mengelap airmata yang basah di pipi. Doktor sendiri mengatakan, walaupun dia dibantu dgn oksigen, otaknya tidak boleh berfungsi lagi. Dia dalam keadaan koma.

29.08.09 - kakak angkatku, Kak Yati tlh selamat melahirkan anak ke-5 di SJMC. My best friend pun, Yan, telah selamat melahirkan anak ke-2 di Hospital Ampang. Kedua-duanya baby girl. Tahniah sebab dapat ahli baru keluarga.

30.08.09 - lebih kurang pukul 10.40 pagi, aku terima berita pilu. Emak angkatku telah kembali kerahmatullah pd pukul 10.30 pg. Walhal dlm tempoh berselang tu, aku & mak mmg plan nak tengok arwah di HUKM. Tak sangka, Allah s.w.t lebih menyayanginya. Arwah merupakan individu yg rapat dgn mak. Mcm adik beradik. Kekadang tu every weekend, kitaorang - 2 keluarga - minum petang bersama. Aku cuma risaukan kesihatan mak aku sebab aku rasa dia seperti hilang semangat. Sebagai anak, apa lagi yg mampu aku buat selain BERDOA. Al-Fatihah buat arwah.

31.08.09 - ayah aku terlibat dgn perarakan hari kemerdekaan di Dataran Parlimen. Ayah cakap tahun ni boring sebab just duduk tepi jalan & kibarkan bendera (macam budak sekolah).. he he .. Hari ni berbuka puasa bersama maklong & paklong aku (kat umah aku jer). Aku plak tetiba nak makan mee goreng (goreng sendiri tau). he he.. 4 bungkus beb aku goreng tapi bahagi 2 la, bagi kat keluarga arwah.
Hari ni dah 12 hari kita berpuasa. Macam2 resipi juadah berbuka/biskut raya aku dapat. Sis Timi bagi resipi muffin. Yummy... Insya Allah Sis, i'll try to make it.

Huh, ringkas je kan cerita kali ni. Setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya. Yang pergi tetap pergi, tinggal kita utk teruskan PERJUANGAN hidup ni. Percaya pada Qada' & Qadar kerana itulah ketetapan-Nya.


A.d.i.o.s